Keluaran dan sambutan Rempit Sampai Langit

Rempit Sampai Langit dikeluarkan pada 23 November 2017 dan menerima ulasan positif dari pengkritik filem. Shazryn Mohd Faizal dari mStar Online menghuraikan bahawa "corak filem ini sudah acapkali diketengahkan di layar perak dan disebabkan itu, secara zahirnya, ia boleh dianggap sebagai sebuah filem yang dikitar semula."[3] Aqmar Mustaza menulis untuk Sinar Harian menyifatkan Rempit Sampai Langit sebagai sebuah filem komedi ringan yang mencuit hati.[4]